"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Wednesday, 25 March 2026

Ayah.

26 March 2026.

Takde apa. Cuma nak cerita pasal ayah.
Takut juga. Tapi tak apa, kita fikir yang baik2 sahaja.

Ayah ni actually garang.Tegas. Tak banyak cakap.
Tapi tahu, yg dia memang sayang anak2 dan isteri dia. 
Cuma cara dia tu bukan melalui kata2, tapi melalui tanggungjawab dia.

Patutnya, 24-25 March, family aku semua pergi KL untuk beraya dan tengok rumah sewa Ayu. Tapi last minute,ibu ajak aku dan suami ikut. sebab ayah yg suruh ajak. Ayah suruh semua ikut sekali. Maka jadilah short vacation kami sekeluarga Yang lengkap semua ada. Ibu ayah kakak abang Ayim abang ngah aku ayu harith adah aafiyah dan faeeq. 

Sepanjang kat kl, ayah takde nak mengamuk ke apa, which is bukan kebiasaan dia. Dan dia pun tak marah atau buat muka bila ayu amik2 gambar dia guna tiktok yg keluar lagu tu. Dia layankan jeee everything. Nak pergi jalan tempat jammed pun dia ikut je. Nak amik gambar pun dia ikut je. Dan masa kat panda eyes, ayah ada offer kakak ain untuk beli baju apa2 yg kakak nak,buat kenangan.. sbb aku beli sehelai,ayu pun beli,ayah pun beli.. ye, benda ni jarang berlaku. Jadi aku tulis juga. Sbb banyak benda yg bukan kebiasaan ayah, yg ayah tunjuk.

Dan yg paling aku terkejut, dan pelik. Ayah boleh sembang dgn suami aku, cerita yg ada kisahnya kenapa sampai skrg mmg ibu yg pegang semua duit ayah. Rupanya masa aku kecik2 dulu ayah pernah spend 3k untuk repeair kereta end up tak jadi apa, masatu time raya. Dan ayah kata, ayah tengok muka ibu kecewa sangat sbb nak raya takde duit.. jadi sejak tu,semua duit ayah duit gaji ayah memang ibu yang pegang. Sampai skrg. Ayah memang taktau gaji dia berapa, dah masuk ke belum.. dan kisah ni aku sendiri, anak2 tak pernah tahu. Ayah tak pernah cerita.. 

Tu antara benda2 pelik yg aku perasan kat ayah sejak dua menjak ni. Aku harap semuanya baik2 sahaja. Semoga ayah sihat selalu,panjang umur dalam keberkatan dan keredhaan Allah.. amin

Aku menulis ni supaya aku tak lupa. 
Semoga Allah jaga keluargaku. Amin

Wednesday, 11 March 2026

Selamat Kembali.

Hi. Selamat Kembali, Dayana.

Sesuai dengan erti namanya; 
yang gagah perkasa,
Dari hujan ujian, dari badai rasa,
Hati yang dulu rapuh, kini teguh berdiri,
Meniti hari, menahan sepi.

Diamnya dia, bukan tanda lemah,
Tapi kekuatan yang orang tak nampak,
Setiap luka, setiap pedih,
Menjadi mutiara di dasar hati.

Tak apalah.

Dalam sepi, hanya Dia menemani,
Menyulam harapan di tiap hela nafas,
Redha dan sabar jadi perisai,
Menghadapi dunia dengan mata tenang, hati lapang.

Aturan Tuhan tu, indah belaka.
Andai kita belajar syukur, dan redha dengan setiap ketentuan-Nya.
Tiada apa yang perlu disesalkan.
Moga2, Allah sentiasa pinjamkan rahmat-Nya untuk seorang Dayana.
Hingga ujung usianya.

Saturday, 4 November 2017

Kehidupan.

Bismillah.
Assalamualaikum.


Hidup ini, hakikat sebenarnya adalah suatu percaturan.
Perancangan yang diangan manusia namun hakikatnya semuanya telah ditakdirkan Yang Esa.
Sejauh mana kita upaya menerima setiap yang telah ditentukan ini?
Tepuklah dada, tanyalah hati.

Semoga saya dan semua,
mampu tabah berdiri teguh menghadapi apa sahaja.
Redha itu bila kita ikhlas menerima seadanya.
Tanpa mengungkit dan mempersoal setiap yang berlaku pada kita.
Yakinlah, akan ada kemanisan di penghujung setiap yang pahit.







Tenang, happy-happy jer.

Thursday, 31 August 2017

--

Assalamualaikum.


Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.
Kadang, perancangan kita diterima.
Kadang juga, perancangan kita ditolak mentah.
Yakinlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Yakinlah, setiap kejadian itu bukannya sia-sia.


Adakala, kita ni salah tafsir. Salah tafsir apa sahaja yang melanda kehidupan kita.
Puncanya, kita tak redha dengan apa yang berlaku.
Pandanglah sesuatu itu dengan keimanan.
Cubalah positif dalam setiap keadaan.
Dan usahalah ambil ibrah untuk perbaiki kesilapan.


Semoga ada yang terbaik menanti kita.

Wednesday, 19 July 2017

-

Assalamualaikum.

Dah lama sangat rasanya tak update blog, jengah pun tak. Sejak masuk MARSAH ni kehidupan aku bertambah sibuk, biasalah pelajar cemerlang. Doakan k? hahaha sorry aku memang suka perasan camni.


Pada yang tertanya-tanya, keadaan aku bagaimana sekarang? Alhamdulillah aku baik-baik sahaja. Malah bertambah bahagia :')

Doakan untukku yang baik-baik ye. Moga Allah merahmati kalian.



Terima kasih daun keladi, ada jodoh jumpa lagi.
Eh jodoh saya yang kat sana tu, hi!

Wednesday, 3 May 2017

Review.

Mencari peralatan memanah di sekitar Johor Bahru ataupun di mana sahaja?
Diwajibkan anda untuk follow dan like facebook page



semoga apa yang dicari kini dijumpai!
panjang-panjangkan dan kongsikan yang baik
semoga kehidupan diberkati :)

Saturday, 15 April 2017

Seringkali ingatkan diri--
Cinta itu, mana boleh dipaksa.

Namun, seringkali juga kecewa--
Mungkin sebab belum bersedia.

Maka dipintanya pada Tuhan--
Tolong jagakan dia.

Tuesday, 7 March 2017

Archery?

Salam Alaik. Long time no see! Kahkah
Wednesday, 8 March 2017
12.57 a.m.
K tonight mood tengah syok nak habaq pasal archery(memanah) in case taktau english kan? Haha gurau je. Why i choose archery? K there's several reasons so tonight let me tell u gais okeh?
First, ofc sebab memanah adalah sunnah. Tak gituw? Memang cliche sangat tapi fakta kot!
Second, memanah bagi kekuatan! Kekuatan dari segi fizikal; bila nak tarik tali.. Yg memerlukan kekuatan luar biasa depends poundage. Kekuatan mental bila kau aim tempat lain tapi arrow terbang tempat lain. Stress tau dak! Tapi tulah, memanah kan ajar kita untuk kuat gagah perkasa dan sado.
"ألا إن القوة الرمي"
Sabda rasulullah SAW: Ketahuilah bahawa kekuatan itu terletak pada kemahiran memanah.
Third, memanah ajar ketenangan. Exactly yes! Arrow kau takkan pergi smooth dan cantik kalau masa shoot tu muka masam mencuka! Ustaz Razi selalu pesan suruh memanah sambil senyum even kekadang aku shoot muka serious acah2 eksen je macam dah professional lol. Tips dia; baca Bismillah masa pasang arrow dkt nocking point, pastu Allahu tu angkat bow ke atas, dan Haq lepaskan tali sambil senyum. Hasilnya inshaAllah cantikkk even arrow ntah ke mana sebab salah aim 😝
So, tenang tenang ajer. Jangan stress sangat.
Ni baru 3. Ada banyyyyakkk sangat lagi kelebihan memanah ni. Boleh google atau search lah dekat mana2. Nak dengan taknak ajer. Sudah semestinya apa yang digalakkan nabi adalah yang terbaik kerana manfaatnya sendiri kan? Jadi tanpa ragu lagi, mai la pakat join memanah.
Boleh tolong like sekali page
Kelab Memanah Warisan Saffra'-Saffra' Archery dekat facebook. Kehkeh terima kasih!

Saturday, 18 February 2017

InshaAllah.

Doa yang baik-baik,
dan yakin sepenuhnya--

Allah  itu Maha Mendengar

                                                           aa

Saturday, 14 January 2017

Thursday, 29 December 2016

Melayu kita...

Dahulu kata Tun Dr. Mahathir;
melayu mudah lupa.

Kini, Yb Khairy Jamaluddin juga mengingatkan;
melayu mudah lupa.

'Melayu mudah lupa' mengikut pandangan kedua tokoh di atas adalah berbeza. Dan jangan risau, aku takkan sentuh isu politik pun dalam entri kali ni.



---
Betullah. Melayu tu mudah lupa. Mungkin sebab dia manusia, yg mana sifatnya memang pelupa. Manusia adalah daripada kata dasar nasi' yang bermaksud lupa. Betulkan aku andai salah.

Melayu juga mudah menjatuhkan melayu.
Mungkin sebab iri hati dan dengkinya membuak-buak.
Manusia; bukannya reti syukur dengan rezeki sendiri.

Melayu mudah berburuk sangka.
Mungkin sebab ceteknya ilmu.
Mungkin sebab perasaan dengki tadi.
Mungkin sebab memang dia rasa dirinya sahaja yang sempurna?

Natijahnya. Kita ni melayu. Jadilah melayu yang berwibawa. Berwawasan. Dan bercita-cita memajukan melayu.
Andai bukan kita yang cintakan sejenis kita, bolehkah kita bermimpi mereka yang berbeza itu mencintai kita?

Lupakan melayu yang menular perkara yang tidak berasas.
Lupakan melayu yang sering mempersoal kebaikkan orang melayu.
Lupakan melayu yang sering memberi kata-kata yang menjatuhkan melayu.

Kerana kita melayu, yang perlu bersatu.
Supaya melayu, tak mudah ditipu.
Dan akhirnya, Islam dan melayu itu hanya sekadar menjadi debu.




Salam alaik.

Monday, 12 December 2016

Sorry for everything

Friday, 9 December 2016

Hadirnya tanpa ku sedari,
Menggamit kasih cinta bersemi,
Hadir cinta insan padaku ini,
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya,
Menarik hatiku untuk mendekatinya,
Kesopanannya memikat di hati,
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah jika dia benar untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari,
Selama ini baru ku temui,
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi,
Apakah dia kan ku miliki

Tidak sekali dinodai nafsu,
Akan ku batasi dengan syariat-Mu,
Jika dirinya bukan untukku,
Redhakan hatiku dengan ketentuan-Mu

--Pemarta Yang Dicari//DeHearthy--

Tuesday, 29 November 2016

الحَمْد لله

الحَمْد لله الحَمْد لله الحَمْد لله

Dipermudahkan segala-galanya
Tak minta banyak, aku minta dan berharap kalian terus mendoakan aku,

Mohon doanya, agar keputusan SPM aku nanti, cukup buat aku bersyukur dan tersenyum puas.
Mohon doanya, supaya impian aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang Syariah Islamiyyah di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) tercapai.
Mohon doanya, semoga kesihatan aku terus dalam keadaan sejahtera inshaaAllah.



BarakaAllah. Semoga الله membalas segala jasa baik kalian, aamiin.

Thursday, 27 October 2016

Muassis:
SELOKA TAUBAT

Hai manusia!
Mengapa kau tak nak bertaubat?
Walhal diri kau banyak maksiat,
Apa kau ingat kau dah hebat sangat?
Boleh menyorok dari azab Allah yang berat?

Hai manusia!
Kenapa kau lambat nak bertaubat?
Umur kau bukannya panjang sangat,
Kau hidup pun dengan ihsan dan rahmat,
Dari Tuhan yang Maha Melihat.

Hai manusia!
Kau tahu diri kau dah tenat,
Hari-hari banyak dosa kau buat,
Hati kau dah hitam berkarat,
Tapi kau masih tak nak bertaubat!

Hai manusia!
Jangan kau malu nak bertaubat,
Walau dosa kau setinggi gunung Ararat,
Meski noda kau selaju sungai Furat,
Kerana Allah itu Maha Penerima taubat.

Hai manusia!
Bertaubatlah kau sebelum terlewat,
Maut datang tanpa disekat,
Moga kau mati dalam syahadat,
Tanda kau sempat bertaubat!

#muassis

Saturday, 10 September 2016

Aku mampu?

Sedangkan muslim pun tahu yang Allah tak akan bebankan setiap manusia dengan ujian yang melebihi kemampuan. Aku pasti, mereka yang dinobat sebagai mukmin lebih arif dengan ayat Allah dalam al-baqarah;256.





Aku juga tahu dan faham ayat itu. Malah kita wajib berpegang teguh dengan kata-kata Allah tu. Persoalannya, bagaimana kita nak tetap kuat supaya tetap bersabar dengan ujian?




Kau, mampu beri aku kekuatan itu? :')

Thursday, 1 September 2016

Hai. Stalk ke tu?


Moga mimpi indah kawan-kawan.

Monday, 15 August 2016

-

I am a girl. And yes, girls are very complicated. Sorry for hurting you. Please pray for me. I hope I can go on with my life by myself.






Friday, 15 July 2016

Sorry but

I'm still inlove with you, aa

Thursday, 30 June 2016

Tolong, Aku perlu bantuan.

Saban hari, aku terlalu leka dan lalai hingga kini aku tak kenal diri sendiri.
Allah, sungguh aku perlu sahabat--
          yang sentiasa ingatkan aku adanya Tuhan
          yang sentiasa teman aku bila aku mula rasa sepinya hidup
          yang sentiasa bantu aku walau aku tak perlu
          yang sentiasa pinjamkan tawanya untuk menghibur
          yang sentiasa berdoa agar aku terus tabah




ya, aku sangat perlu. Aku sedang mengalami sedihnya hidup, runtuhnya jiwa, pilunya hati, derasnya tangis.





Maafkan aku, andai setiap yang aku lakukan, melukai hati kecilmu.
Mungkin kita tak kenal-kenal sangat
Mungkin kita tak terlalu rapat
Tapi andai kau kenal aku
walau hanya melalui penulisanku
aku mohon maafkanlah segala cacat cela ku.



dan mohon doakan aku dipermudah urusan dan dilimpahi kejayaan dunia akhirat.

Terima kasih, Allah merahmati mu.