"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Monday, 31 December 2012

Tahun Baru.

Assalamualaikum, Hai :)

Alhamdulillah. Aku masih lagi bernafas. Di tahun 2013. Alhamdulillah. Usia aku pun sudah meningkat. Macam tak percaya. Tidak ku duga. Tidak ku sangka. Aku dah 14 tahun wei !!! Hahahhah k tua -_-

Hmm, aku harap di tahun baru yang mulia ini. Aku dapat capai azam aku, aku dapat capai impian dang angan-angan aku. Ceh, hiks doakan tau :)

Dan aku harap, kita semua. Dapat berusaha jadi yang lebih baik lagi. Kalau tahun lepas tak cukup solat, tahun ini, cukupkanlah. Paksa diri. Jangan malas. Teruskan istiqamah.




Post kali ini juga, aku ingin sentuh sedikit tentang aurat. Maaf kalau tidak berminat. Aku cuma ingin berkongsi.




Dan aku tidaklah begitu sempurna. Aku sendiri masih di tahap 6/7. 


Jadi, tidak salah jika aku malu untuk berjumpa dengan zauj aku.

Dan ini, niqab adalah menutupi seluruh muka, kecuali mata. Manakala purdah hanya menutupi hidung dan mulut. Perbezaannya niqab kena tutup dahi ye. Macam ninja :) ehhehe












Doakan aku... menjadi seperti ini

















<-- Aku masih seperti ini -->

























Subhana Allah, doodle sahaja sudah cantik. Jika kita, manusia, wanita, berpakaian seperti itu. Pasti lagi cantik kan ? Jom lah tutup aurat. Tudung, yang penting bawah dada. Tidak perlu berniqab atau purdah, itu semua sunat. Yang penting, cover your aurah. Itu wajib.

Aku bukanlah manusia yang sangat mulia. Aku juga punya dosa. Tidak terhitung dosa yang telah aku lakukan. Dan sekarang, aku berusaha. Untuk menjadi muslimah. Dan aku mengaku, hendak istiqamah. Sangat susah. Jiwa aku kena kental. Semangat aku kena kuat. Aku tak boleh lemah.

Cuma satu pesan aku, berubahlah sebelum terlambat, dunia dah tak lama. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa kita. Astaghfirullah. Lets repent. Allah maha pengasih. Juga penyayang. Dia pemaaf. Cuba kau fikir, berapa banyak sangat pahala yang kau dapat ? Jom lah taubat :)

Nak berubah jadi baik, senang je. Buat research tentang agama. Di google, library. Di mana-mana je. Dekatkan diri dengan para ulama'. InshaaAllah, aku jamin. Hati kau pasti akan terbuka untuk buat baik. Macam aku juga.

Satu hari aku terfikir, kenapa aku ini terlalu jahil. Aku tinggal solat. Dedah aurat. Ya Allah. Masa tu aku menangis. Aku tak malu. Aku minta pada Allah macam-macam. Tapi aku tidak ikut perintah Allah. Sampailah aku ternampak kak Aisyah. Aku terjumpa FB dia. Aku buka profile dia. Aku lihat dp dia. Subhana Allah. Sangat cantik orang yang berniqab. Lantas aku terus Add. Dalam hati aku, aku bermonolog sendiri. " Aku bila lagi " Itu je yang mampu aku cakap. Hm

Dan aku selalu chat dengan dia. Aku tanya tentang agama. Dia banyak bagi aku nasihat. Lepastu aku cuba kenal dengan Kak Hanis Amani. Dia juga baru sahaja Hijrah. Dan dia sangat kuat. Walaupun baru berhijab sepenuhnya. Dia terus ambil keputusan untuk berniqab. Untung tunang dia. Untung juga ibu bapa dia.

Kadang kadang, aku terfikir. Berapa banyak sangat pahala yang Allah beri. Kenapa aku tidak berdoa untuk kedua ibu bapa aku. Mulut kata sayang. Tapi langsung tidak mendoakan mereka. Aku sedih. Jadi aku solat. Aku doa. Minta diampunkan dosa aku, serta dosa kedua ibu bapa aku. Allahu

Memang, aku selalu rasa disisihkan. Dalam rumah atau di mana sahaja. Masa tu aku pergi smart, dengan family. Aku ni lebih suka diam bila aku inginkan sesuatu. Pada aku, biarlah aku kumpul duit sendiri untuk dapatkan apa yang aku mahu, aku tidak mahu susahkan ibu bapa. Jadi aku diam. Dan terus diam

Masatu, aku cakap dekat ibu, yang aku nak jam baru. Hihihi. Tapi ibu macam marah. Dan aku pun terus diam. Pujuk hati sendiri. Cakap dalam hati, takpe, mungkin ibu tengah takde duit, kumpul sendiri ajelah. Then tetiba Ain, dia nak cekak rambut. Yang ada ribbon entah mende ah tu kan. Ibu pun bagi RM10. Aku nampak. Air mata terus jatuh. Lepastu aku blah. Sebak. Aku bermonolog " Kenapa selalu akak je dapat, kenapa" Lepastu aku istighfar. Astaghfirullah. Dosa. Aku anggap seolah olah ibu macam pilih kasih. Aku menyesal. Memang aku sakit hati. Lepastu sepanjang perjalanan aku terus berzikir. Aku nak tenangkan hati. Yelah, dekat tempat awam, takkan nak menangis pulak en. Tak comel ah nanti ekekekek.

Bila ibu nasihatkan aku, aku lebih suka mendiamkan diri. Aku taknak bersuara. Aku takut nanti terkasar bahasa. Lalu aku jadi anak derhaka. Hmm

Aku cuba untuk mulia kan hati sendiri. Aku taknak bersangka buruk. Dosa aku sudah banyak. Aku taknak tambah lagi. Cukuplah.

Hm sudahlah, entah sampai kemana dah aku bercerita. Hiks



Di tahun baru, perbaiki diri, perbaiki akhlak. Tingkatkan pahala, kurangkan dosa.

H A P P Y    N E W    Y E A R   ! ! !

Salam ukhwah :)