"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Wednesday, 25 March 2026

Ayah.

26 March 2026.

Takde apa. Cuma nak cerita pasal ayah.
Takut juga. Tapi tak apa, kita fikir yang baik2 sahaja.

Ayah ni actually garang.Tegas. Tak banyak cakap.
Tapi tahu, yg dia memang sayang anak2 dan isteri dia. 
Cuma cara dia tu bukan melalui kata2, tapi melalui tanggungjawab dia.

Patutnya, 24-25 March, family aku semua pergi KL untuk beraya dan tengok rumah sewa Ayu. Tapi last minute,ibu ajak aku dan suami ikut. sebab ayah yg suruh ajak. Ayah suruh semua ikut sekali. Maka jadilah short vacation kami sekeluarga Yang lengkap semua ada. Ibu ayah kakak abang Ayim abang ngah aku ayu harith adah aafiyah dan faeeq. 

Sepanjang kat kl, ayah takde nak mengamuk ke apa, which is bukan kebiasaan dia. Dan dia pun tak marah atau buat muka bila ayu amik2 gambar dia guna tiktok yg keluar lagu tu. Dia layankan jeee everything. Nak pergi jalan tempat jammed pun dia ikut je. Nak amik gambar pun dia ikut je. Dan masa kat panda eyes, ayah ada offer kakak ain untuk beli baju apa2 yg kakak nak,buat kenangan.. sbb aku beli sehelai,ayu pun beli,ayah pun beli.. ye, benda ni jarang berlaku. Jadi aku tulis juga. Sbb banyak benda yg bukan kebiasaan ayah, yg ayah tunjuk.

Dan yg paling aku terkejut, dan pelik. Ayah boleh sembang dgn suami aku, cerita yg ada kisahnya kenapa sampai skrg mmg ibu yg pegang semua duit ayah. Rupanya masa aku kecik2 dulu ayah pernah spend 3k untuk repeair kereta end up tak jadi apa, masatu time raya. Dan ayah kata, ayah tengok muka ibu kecewa sangat sbb nak raya takde duit.. jadi sejak tu,semua duit ayah duit gaji ayah memang ibu yang pegang. Sampai skrg. Ayah memang taktau gaji dia berapa, dah masuk ke belum.. dan kisah ni aku sendiri, anak2 tak pernah tahu. Ayah tak pernah cerita.. 

Tu antara benda2 pelik yg aku perasan kat ayah sejak dua menjak ni. Aku harap semuanya baik2 sahaja. Semoga ayah sihat selalu,panjang umur dalam keberkatan dan keredhaan Allah.. amin

Aku menulis ni supaya aku tak lupa. 
Semoga Allah jaga keluargaku. Amin

Wednesday, 11 March 2026

Selamat Kembali.

Hi. Selamat Kembali, Dayana.

Sesuai dengan erti namanya; 
yang gagah perkasa,
Dari hujan ujian, dari badai rasa,
Hati yang dulu rapuh, kini teguh berdiri,
Meniti hari, menahan sepi.

Diamnya dia, bukan tanda lemah,
Tapi kekuatan yang orang tak nampak,
Setiap luka, setiap pedih,
Menjadi mutiara di dasar hati.

Tak apalah.

Dalam sepi, hanya Dia menemani,
Menyulam harapan di tiap hela nafas,
Redha dan sabar jadi perisai,
Menghadapi dunia dengan mata tenang, hati lapang.

Aturan Tuhan tu, indah belaka.
Andai kita belajar syukur, dan redha dengan setiap ketentuan-Nya.
Tiada apa yang perlu disesalkan.
Moga2, Allah sentiasa pinjamkan rahmat-Nya untuk seorang Dayana.
Hingga ujung usianya.

Saturday, 4 November 2017

Kehidupan.

Bismillah.
Assalamualaikum.


Hidup ini, hakikat sebenarnya adalah suatu percaturan.
Perancangan yang diangan manusia namun hakikatnya semuanya telah ditakdirkan Yang Esa.
Sejauh mana kita upaya menerima setiap yang telah ditentukan ini?
Tepuklah dada, tanyalah hati.

Semoga saya dan semua,
mampu tabah berdiri teguh menghadapi apa sahaja.
Redha itu bila kita ikhlas menerima seadanya.
Tanpa mengungkit dan mempersoal setiap yang berlaku pada kita.
Yakinlah, akan ada kemanisan di penghujung setiap yang pahit.







Tenang, happy-happy jer.

Thursday, 31 August 2017

--

Assalamualaikum.


Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.
Kadang, perancangan kita diterima.
Kadang juga, perancangan kita ditolak mentah.
Yakinlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Yakinlah, setiap kejadian itu bukannya sia-sia.


Adakala, kita ni salah tafsir. Salah tafsir apa sahaja yang melanda kehidupan kita.
Puncanya, kita tak redha dengan apa yang berlaku.
Pandanglah sesuatu itu dengan keimanan.
Cubalah positif dalam setiap keadaan.
Dan usahalah ambil ibrah untuk perbaiki kesilapan.


Semoga ada yang terbaik menanti kita.

Wednesday, 19 July 2017

-

Assalamualaikum.

Dah lama sangat rasanya tak update blog, jengah pun tak. Sejak masuk MARSAH ni kehidupan aku bertambah sibuk, biasalah pelajar cemerlang. Doakan k? hahaha sorry aku memang suka perasan camni.


Pada yang tertanya-tanya, keadaan aku bagaimana sekarang? Alhamdulillah aku baik-baik sahaja. Malah bertambah bahagia :')

Doakan untukku yang baik-baik ye. Moga Allah merahmati kalian.



Terima kasih daun keladi, ada jodoh jumpa lagi.
Eh jodoh saya yang kat sana tu, hi!