"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Thursday 31 August 2017

--

Assalamualaikum.


Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.
Kadang, perancangan kita diterima.
Kadang juga, perancangan kita ditolak mentah.
Yakinlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Yakinlah, setiap kejadian itu bukannya sia-sia.


Adakala, kita ni salah tafsir. Salah tafsir apa sahaja yang melanda kehidupan kita.
Puncanya, kita tak redha dengan apa yang berlaku.
Pandanglah sesuatu itu dengan keimanan.
Cubalah positif dalam setiap keadaan.
Dan usahalah ambil ibrah untuk perbaiki kesilapan.


Semoga ada yang terbaik menanti kita.