"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Wednesday, 25 March 2026

Ayah.

26 March 2026.

Takde apa. Cuma nak cerita pasal ayah.
Takut juga. Tapi tak apa, kita fikir yang baik2 sahaja.

Ayah ni actually garang.Tegas. Tak banyak cakap.
Tapi tahu, yg dia memang sayang anak2 dan isteri dia. 
Cuma cara dia tu bukan melalui kata2, tapi melalui tanggungjawab dia.

Patutnya, 24-25 March, family aku semua pergi KL untuk beraya dan tengok rumah sewa Ayu. Tapi last minute,ibu ajak aku dan suami ikut. sebab ayah yg suruh ajak. Ayah suruh semua ikut sekali. Maka jadilah short vacation kami sekeluarga Yang lengkap semua ada. Ibu ayah kakak abang Ayim abang ngah aku ayu harith adah aafiyah dan faeeq. 

Sepanjang kat kl, ayah takde nak mengamuk ke apa, which is bukan kebiasaan dia. Dan dia pun tak marah atau buat muka bila ayu amik2 gambar dia guna tiktok yg keluar lagu tu. Dia layankan jeee everything. Nak pergi jalan tempat jammed pun dia ikut je. Nak amik gambar pun dia ikut je. Dan masa kat panda eyes, ayah ada offer kakak ain untuk beli baju apa2 yg kakak nak,buat kenangan.. sbb aku beli sehelai,ayu pun beli,ayah pun beli.. ye, benda ni jarang berlaku. Jadi aku tulis juga. Sbb banyak benda yg bukan kebiasaan ayah, yg ayah tunjuk.

Dan yg paling aku terkejut, dan pelik. Ayah boleh sembang dgn suami aku, cerita yg ada kisahnya kenapa sampai skrg mmg ibu yg pegang semua duit ayah. Rupanya masa aku kecik2 dulu ayah pernah spend 3k untuk repeair kereta end up tak jadi apa, masatu time raya. Dan ayah kata, ayah tengok muka ibu kecewa sangat sbb nak raya takde duit.. jadi sejak tu,semua duit ayah duit gaji ayah memang ibu yang pegang. Sampai skrg. Ayah memang taktau gaji dia berapa, dah masuk ke belum.. dan kisah ni aku sendiri, anak2 tak pernah tahu. Ayah tak pernah cerita.. 

Tu antara benda2 pelik yg aku perasan kat ayah sejak dua menjak ni. Aku harap semuanya baik2 sahaja. Semoga ayah sihat selalu,panjang umur dalam keberkatan dan keredhaan Allah.. amin

Aku menulis ni supaya aku tak lupa. 
Semoga Allah jaga keluargaku. Amin