"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Monday, 21 January 2013

Hati atau Nafsu ?

Assalamualaikum.

Sini. Baca ini. Mohon. Kalau benci sekalipun, jangan lah skip post aku yang satu ini. Hehe


Nafsu ? Hati ? Apa bezanya ?

Okay. Lihat. Renungkan. Biasanya orang kata yang jahat itu hati. Tapi pada aku, hati tidak jahat sama sekali. Sebaliknya nafsu. Kerana apa ? Okay. Bila kau pandang wanita dengan rasa shahwat, lalu rasa ingin mendekati dia. And bla bla bla. Itu apa ? Ikut nafsu kan ? Ada ke orang kata, " alah hati kuat sangat" Sebaliknya orang cakap " alah nafsu kuat sangat"


Jadi, apa salah hati ?


Contoh kedua, biasa orang cakap " Suka hati aku lah nak buat jahat pun, dosa aku tanggung sendiri "

Oh, suka hati. Apa salah hati itu ? Sedangkan nafsu kau untuk berbuat jahat yang berkobar-kobar. Jadi masih salahkan hati ?

Kau rogol orang. Nafsu. Kau buat jahat. Nafsu. Kau naikkan shahwat sendiri. Nafsu.


Jadi, hati ?


Hati mulia. Sungguh. Kau letakkan Allah di mana ? Hati. Kau letakkan kekasih kau di mana ? Hati. Kau jatuh cinta kenapa ? Kerana hati. Jadi kesimpulannya, hati lebih mulia dari nafsu. Kau nak makan pun, kerana nafsu kan ?

Tapi, jangan sampai kita jatuh kepada zina hati.


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah menentukan untuk anak Adam mendapat bahagian dari zina, tidak boleh tidak. Zina mata melihat (perempuan), zina lidah berbicara dan zina hati mengharap dan menginginkan, hanya anggota kelamin yang menentukan benar atau tidaknya diaberbuat zina." 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1783.

Apa itu zina hati ? Apa maksudnya ?

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!


yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati.


CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN

1) "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa"

Jawapan: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.


Jawapan: Anda masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya???

Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho(yang salah) dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan.


3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa atau pun keduanya?


Jawapan: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak…hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan.
Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati.


4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati?
Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin”.


Jawapan: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah?

5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagho. Lupa mengingati Allah.


Jawapan: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus.

Soal lagho dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tidak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adalah manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yang baik, jangan cuba menjadi malaikat.

6) Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dengan dia, tak kiralah berjumpa atau tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pada mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati.


Jawapan: Pulak dah, ada beza pulak antara yang bercouple dengan tak bercouple. Jawapan yang langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak saja.

7) Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya.


Jawapan: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, cikgu tuisyen anda, pak guard sekolah anda,perdana menteri Negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum sendiri ya.

8) Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untuk seketika atau teringat selalu hingga termenung?

Lalu menjawablah seorang rakannya: “Teringat seketika atau selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH”.

Jawapan: Hohohoho…I’m speechless. Tak sangka, ada juga jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Kalau macam tu sahabat Nabi pun kalah dengan awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dengan malaikat.
Sesungguhnya dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adalah perkara yang mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan manusia dengan perkara yang mustahil untuk dilakukan.
Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-41:
((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً))
Maksudnya: ((Wahai orang-orang yang beriman, ingatilah Allah dengan ingatan yang banyak)).


9) Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dengan seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yang mengatakan bercinta adalah haram dalam Islam. Betul ke? bercinta juga mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat?
Maka berfatwalah seorang rakannya: “Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yang dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kawin.

Jawapan: Sama juga masalah dengan mereka yang sebelum-sebelum ni. Keliru dengan maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati yang sebenarnya..
Adapun soal bercinta sebelum atau selepas kahwin, kalau dimaksudkan dengan perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yang dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dalam hati. Kalau setelah melihat tapi tidak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yang lain.


10) Bagi saya memang zina hati susah utk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman?

Jawapan: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Anda gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa,bertanya khabar adakah itupun nak dilabelkan sebagai zina..Anda sudah tersasar jauh dari maksud zina hati sebenarnya.
Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah.
Sudahlah anda gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah.


11) Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan.

Jawapan saya: Fahaman anda juga tersasar.

Sumber - Iluvislam.com

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 235, berkenaan lelaki yg berniat utk mengahwini seorang wanita ajnabi yg masih dalam iddah:

"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), 

akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar."

Hm, haritu. Aku ada tanya Afiqah, apa itu zina hati ? Afiqah jawab hm apa entah. Aku lupa. Hihi aasif :(

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan." (Surah al-Isra’ 17: 32)

Aku rasa. Ramai sudah tahu. Berdua-duaan ( bercouple) dengan ajnabi adalah haram. Jadi, kenapa masih diteruskan ? Tidakkah kau sedar dunia ini kepunyaan siapa ?

Okay. Mungkin susah untuk kau memutuskan hubungan dengan kekasih kerana terlalu sayang kononnya. Jadi bagaimana pula rasa cinta/sayang kau kepada Sang Pencipta ?


Fahami ini. Apa rasanya jika kau diduakan ? Sakit kan ? Begitu juga dengan Allah. Sakitnya pabila diduakan. Kau mencintai seseorang yang belum halal untuk kau melebihi kau mencintai-Nya.


Jadi ? Apa keputusan kau ? Okay macam ini lah. Tak salah jika kau ingin bercinta. Kenapa ?

Kerana cinta itu fitrah. Fitrah bagi semua umat. Bagi semua manusia. Tak salah bercinta tapi cara kau menunaikan cinta itu yang salah. Faham ?

Kau couple, kau kata kerana cinta. Tapi hakikatnya, itu mendekati zina. Perbuatan kau itu membuatkan kau tempah untuk tinggal di neraka. Adakah itu cinta ?

Cinta itu boleh. Tapi wajib mengikut batasan adat dan syariat.

Bukan sunat. Bukan harus. Tapi wajib

Maksudnya, bercintalah berpaksikan iman. Cinta kerana agamanya. Doa agar disatukan dengan ikatan yang halal. Jika jodoh, bersatulah kau dengan pasangan kau. Bukan couple pilihannya.

Kau couple 20 tahun sekali pun. Apa kau cukup yakin bahawa dia jodoh kau ? Hey, jodoh itu rahsia Allah. Macam aku, aku tidak tahu siapa suami ku kelak. Mungkin kau, mungkin dia, mungkin ex aku. Mungkin orang yang langsung aku tidak pernah kenal !

Dan ingat, tidak semua manusia yang telah berumah tangga itu telah jumpa jodohnya. Buktinya, ada yang bercerai. Jadi, sudah tentu itu bukan jodoh pilihan Allah untuk dia.

Yang penting, doalah. InshaaAllah jodoh kau kelak adalah seorang yang memang kau cintai. Amin !

Aasif ( maaf ). Aku pun dhaif. Masif dhaif ( jahil ). Aku juga pernah bercouple. Dan sekarang. Aku ingin menjaga ikhtilat. Aku ingin. Cuma kadang kala aku leka. Leka pabila sudah seronok dengan duniawi.


Jadi teman, keluarga, dan sesiapa yang mengenali diri ini. Aku mohon. Bimbinglah aku ke jalan yang benar. Bantulah aku. Aku juga perlukan tarbiyah. Aku berusaha mencari redhaNya.




Teman, bangunkanlah aku saat aku jatuh. Kuatkanlah aku saat aku lemah. Didiklah aku saat aku jahil. Ingatkanlah aku saat aku lupa. Tegurlah aku saat aku melakukan sesuatu yang lagha.

Salam Ukhwah. Sanah Helwah (selamat hari lahir)  pada sesiapa !