"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Tuesday, 28 May 2013

Kalau aku pergi dulu...


Assalamualaikum.


Kalau aku pergi dulu, dalam erti kata lain meninggal atau mati misalnya. Emm ada tak orang nak lawat? Em ada tak orang nak taklin; bacakan yaasin? Ragu.


Ragu yang paling diragui. Adakah aku akan mati dalam islam? Adakah aku akan mati dalam keadaan seorang muslimah, mukminah sejati? Adakah Allah pelihara aku disaat aku mengalami sakaratul maut? Atau aku terpesong dek kerana hasutan syaitan durjana?


Di saat aku mengalami saat getir, bertarung dengan si iblis. Kehausan yang melanda, lalu si iblis tadi mengumpan segelas air dan ia berkata "Jika kau ikut aku, kau akan dapat air ni" Si iblis terus terusan menghasut agar kita mati dalam keadaan kafir. Dan saat itu yang boleh bantu kita cumalah keimanan. Setabah mana iman aku? Allah.


Kerana itu, perlunya seseorang untuk talkin orang yang mengalami sakaratul maut. Agar dia boleh mengikut ucapan syahadah itu. Agar dia ingat kembali akan islam.


Sudah.



Kalian, jika diri ini pergi dahulu menghadap Ilahi, ampun dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki.


Jika diri ini ditarik nyawa terdahulu, anggap saja masanya sudah tiba. Tidak usah dikenang juga ditangisi. Aku bukannya semulia Saidatina Fatimah.

Maafkan jika pernah mengasari.
Maafkan jika pernah menyakiti.
Maafkan, maafkan, maafkan segalanya.

*dialog yang bab iblis tu ha bukannya sahih sangat. Lebih kurang jer tapi please hang takyah taksub k*

*Untuk pengetahun lanjut tentang talkin/taklin sila layari google. Si penulis kurang pasti*

Syukran Jazillan.