"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Tuesday, 2 July 2013

Daie kah kita?







Hujan.
Makin lama makin lebat.

'Ah mana boleh jadi camni. Aku nak balik awal. Nak online. Redah je lah hujan ni. Tak mati pun' monolog sendiri.

"Naufal, aku gerak dulu" teriak Irsyad.

"Hujan ni wei. Lek ah. Jom gi kantin."

"Tak. Aku nak balik. Sekarang. Aku nak online"

"Kau ni. Solat dah?"

"Kat rumah aku settle lah. Hek eleh"


Irsyad melangkah keluar dari kawasan persekolahan. Langkah diatur kemas. Berjalan laju tanpa toleh. Sekilas pun tidak. Tujuannya cuma satu. Dia ingin pulang. Sepantas mungkin.

Tiba di perhentian bas. Irsyad terus duduk di bangku. Sunyi. Dia menunggu dan terus menunggu. Di akal fikirannya, sedang ligat berfikir ayat yang gramatis untuk dikongsi.

Bas akhirnya tiba jua. Dia menaikinya. 7 minit kemudian. Irsyad menekan loceng. Bas berhenti. Dia melangkah keluar. Lalu berjalan laju pulang.

10 minit berlalu. Irsyad tiba di rumah. Kunci dikeluarkan dari poket. Dibuka mangga.

Tanpa melengahkan waktu lagi. Irsyad bergegas salin pakaian. Dia mengerling ke arah jam.

'Ah, sudah pukul 4.40 petang. Aku harus cepat' getus hatinya.


Laptop dicapai. Ditekan button 'on'

Seminit...Dua minit...Tiga minit...Empat minit...Lima minit...

Terpampang sudah gambarnya menghiasi wallpaper. Lantas ditekannya 'Google Chrome'. Irsyad menaip laju laman sosial miliknya. Twitter. Lalu di sign in.


Jari jemari Irsyad giat bergerak aktif. Di type setiap satu perkataan dengan cermat sekali. Takut tersilap lalu diketawakan pula.




"Kau berpelukan sana sini dengan ajnabi. Kau tahu tak ianya haram? Bersyukurlah Allah masih berikan kau peluang untuk hidup. Bertaubatlah wahai manusia!"




Button 'Tweet' ditekan.

Publish.

Irsyad lantas scroll timeline. Dia tersenyum puas. Tidak lama kemudian. Dia tekan '@connet'

'Woww! 27 retweet. 38 favorite. Yeh! Aku tweetfamous' bisik sendiri.

Senyum.


**********

Tahu tak apa yang sebenarnya berlaku?
Riak.
Ya riak. Tidak ikhlas.
Langsung.

Ingatlah wahai manusia.
Kita insan biasa-biasa.
Sentiasa berbuat dosa.
Kerna kita hanya manusia.

Mohon. Jangan munafik. Jangan riyak. Jangan ujub. Tetapi ikhlas. Tanam ikhlas dalam diri.

Ingin berkongsi tidak salah.
Malah ianya pahala.

Tetapi buang jauh-jauh sifat riak.
Tidak usah hiraukan dengan berapa ramai orang retweet. Like.
Kerana itu dosa!
Engkau mengharapkan duniawi. Tetapi engkau menggunakan agama.
Tidak malukah kau?
Sedangkan solat kau tinggal.
Al-Quran kau tolak tepi.
Surah Al-Mulk sudah berada di alam fantasi.


**********


Sifat riak adalah sifat yang menunjuk-nunjuk atau memperlihatkan sesuatu amalan yang baik yang dilakukan oleh seseorang untuk sentiasa ingin mencari penghargaan di hati manusia agar mendapat pujian, pangkat, kebesaran dan lain-lain. Riak juga merupakan suatu penyakit yang sangat merbahaya dan mengancam akidah dan iman serta merosakkan nilai keikhlasan hati, keluhuran akhlak dan sebagainya. Riak juga boleh membinasakan mertabat dan kemuliaan seseorang insan. Dan orang yang riak, hidupnya dan jiwanya penuh dengan kebohongan dan kepalsuan semata-mata, kerana ia hanya bertujuan untuk mengharapkan pujian, sanjungan dan penghormatan dari orang lain.


 Riak merupakan syirik kecil yang juga merupakan suatu perkara yang Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam takutkan jika amalan tersebut dilakukan oleh umat baginda, sebagaimana dalam sebuah hadith maksudnya:



 "Dari Mahmud bin Lubaid ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallahu Alahi Wasalam sesungguhnya sesuatu yang paling aku khuatirkan di antara kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat "Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?" kemudian baginda menjawab "iaitu riak"." (Riwayat Al-Imam Ahmad)


Dalam sebuah hadith ada menyebutkan kecelaan akibat dari sifat riak di akhirat nanti.

"Dari Ibni Abas Radiallahu Anhuma katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Siapa yang dengan amalnya mencari kemasyhuran untuk diperlihatkan kepada manusia, Allah akan menyiarkan keinginannya di hari kiamat, dan siapa yang memperlihatkan amalannya, Allah akan memperlihatkan kecelaannya" (Riwayat Al-Imam Muslim)



Surah Al-Baqarah ayat 264 tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan pahala, sedekah-sedekah kamu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti seperti rosaknya pahala orang yang membelanjakan hartanya kerana riak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia..."


Mohon faham situasi.
Muhasabah diri,
Aku bukan mencaci memaki.
Cuma menegur diri.