Langkah diatur kemas. Deck diletakkan perlahan di atas jalan tar. Dia kemudian mengambil posisi. Beberapa skill dilakukan. Hebat.
"Zack" sapa Fakhrul dari belakang.
Zack malas toleh. Dia diam.
"Zack"
"Apa benda?" jawab Zack. Malas.
"Aku nak cerita"
"Start"
"Its about someone that I love so much. But I'm hurt"
"Parents kau? Kenapa?"
"No. Ni pasal Qis. Balqish. Dia tinggalkan aku camtu jerk. Pedih wei pedih"
"Jadi?"
"Kau ni takde perasaan"
"Kau nak suruh aku buat apa? Pujuk kau? Bagi kau coklat bagai"
Kasut koyak milik Zack ditendang Fakhrul.
"Sakit lah Rul!"
"Siapa suruh buat aku macam ni. Aku cerita ni. Yang kau buat muka toye tu kenapa? Bongok" balas Fakhrul.
"Ok. Sorry"
"Shut up"
"Apesal awek kau buat camtu?"
"Dia ada yang lain. Yang kaya."
"Kau kaya gak. Kacak lagi"
"Aku jual burger je"
"Macam aku" Zack sengih.
Fakhrul hanya senyum tawar.
Pandang mereka tertumpu pada segerombolan awan yang mendung bergerak perlahan.
Angin sepoi bahasa. Tenang. Zack toleh Fakhrul sekilas. Kemudian pandangannya dialih ke deck miliknya. Dicapai deck itu.
"Nah" Deck dihulur ke arah Fakhrul.
"Aku stress."
"Buat skill. Kickflip" Zack senyum.
"Malas" Fakhrul tunduk.
"Apa ni Rul. Kita laki bro. Kau nangis pun takde orang peduli. Except aku. Ambik deck ni. Kita skate. Release stress. Jom." pujuk Zack.
"Kau tak faham. Takkan faham"
"Aku cuba faham"
"Tapi kau tak mampu"
"Aku tahu aku mampu"
"Aizat"
"Fakhrul"
"Aku sedih, kenapa dia buat macam ni. Usaha aku untuk dia. hm"
"Sia-sia"
"Jom la skate. Dah lama kau tak skate. Aku nak tengok skill kau Arul."
"Ok" Deck bertukar tangan.
"Lepasni solat. Masjid depan tu. Jap lagi Zohor. okla"
"Aku nak balik lah zack"
"Singgah masjid jap"
"Malas la zack. Aku penat"
"Allah yang buat hati kau sedih. Dan kau kena minta balik bahagia tu dari Dia"
Fakhrul membisu.
"Tak susah. Kita main jap. Pastu azan kita gi masjid. Jom"
"Ok"
***
Jadi ibrahnya disini. Jika kita sedih kerana ditinggalkan sang kekasih. Ditinggalkan orang yang kita sayangi sepenuh hati. Bersabarlah. Dia Maha Mengetahui. Dia yang membolak-balikkan hati. Untuk seketika Dia beri kesedihan agar kita meminta bahagia dari-Nya. Agar kita mengingati-Nya.
Kesedihan itu tidak akan kekal lama.
Bersama air mata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada anugerah. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.
لا تحزن ان الله معنا
La tahzan innallaha ma’ana
“Jangan kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita” [At-Taubah: 40]
Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingati dan berzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu hati akan tenang, jiwa akan damai, saraf tak lagi menegang dan iman kembali berkobar-kobar…SubhanAllah!!!
p/s: maaf atas cerita yang tak berapa nak menarik. Jujur aku malas nak type lagi ehehehe.
