Kita ni.
Berbeza.
Dari pelbagai sudut.
Memang beza. Allah ciptakan kita berlainan jantina.
Kerana kemungkinan, Allah merancang untuk jodohkan kita.
Maka,
jika benar punya hati pada pasangan yang beza itu,
bersabarlah.
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Begitu juga sebaliknya.
Dan janji Allah itu pasti.
Masih ragu-ragu?
Masih khuatir?
Masih takut akan kehilangan?
Sekarang, tak perlu untuk takut dan sebagainya.
Berdoa dan terus berdoa meminta supaya dijodohkan.
Dengan cara yang halal; nikah.
Minta pada Allah supaya dijagakan hubungan. Supaya terpelihara.
Ingat satu, ingat sampai mati;
Janji Allah itu pasti.
Cuba fikir, jika kita terusan berhubung sebelum tiba masanya.
Adakah kita akan mersakan kemanisan 'cinta' ?
Cuba fikir, apabila sudah tiba saatnya,
Adakah kita sanggup hendak lunaskan segala dosa?
Cuba fikir, tidakkah dengan berhubungnya sepasang pasangan itu dengan kerap akan terjadinya zina?
Adakah kita sanggup untuk pikul dosa kemaksiatan yang celaka?
Jika jawapan hati dan iman kamu tidak.
Maka bersabarlah.
Masanya akan tiba.
Berdoa.
Istikharah.
Redha.
Semua yang berlaku ada hikmah.
Janji Allah itu pasti.
