Assalamualaikum.
Kalbuku,
Kau dilahirkan dan diriku dilahirkan serentak oleh Allah. Kau berada di dalam diriku sejak kita dilahirkan. Kau dilahirkan untuk memenuhi amanah Allah--
menjaga dan mentadbir diriku.
Diriku yang lemah dalam menghadapi gelombang hidup. Namun apakah yang telah terjadi? Diriku ini adalah makhluk yang amat degil dengan perintahmu, ya kalbuku, sehingga banyaklah diriku melakukan perkara yang tidak diredhai Allah. Ya kalbuku, kelihatan bukan dirimu yang mentadbir diriku, tetapi sebaliknya. Nanti jika takdirnya Allah murka kepada kita yang wujud dalan satu jasmani, maka adalah diriku yang melakukan kejahatan, namun kau turut merasakan bencana dan betapa seksanya, alangkah kejamnya diriku ini...
Wahai kalbuku, ingin aku memohon ampun darimu. Kerana kejahilan yang aku tempuh selama ini telah berjaya melibatkan kamu dengan warna yang hitam walau pada mulanya kamu itu suci. Ampunkan kejahilan insan yang bersama kamu ini. Mohon.
