"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Thursday, 17 July 2014

Kita diuji.

Assalamualaikum.
Penulisan aku kali ini diterbitkan dengan penuh rasa kesal dan simpati untuk mereka; saudaraku yang kurang baik nasibnya di sana. Ini untuk kalian dan untuk kita.
Semoga bersama dapat mengambil ibrah darinya. InsyaAllah.


        ---
Wahai penduduk Malaysia,
Tidakkah kita sedar, di sini cukup meriah dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Tidakkah kita sedar, di sini penuh masjid yang megah tetapi kosong tanpa jemaah melainkan hanya pada bulan penuh berkah.
Tidakkah kita sedar, dalam penantian menanti perayaan, ramai di antara mereka yang terkorban?


Ayuh bangkitlah wahai anak muda.
Berhenti penuhkan hospital kita dengan tindakan tanpa akal kita!
Berhenti mencedera diri dengan kekhilafan kita!
Berhenti membuat letupan haram dengan sifat takbur kita!


Sedarlah.
Di sana letupannya, letupan sebenar.
Tetapi di sini hanya sekadar letupan mercun yang dihasil sendiri.
Tidakkah kau merasa dirimu sangat bodoh kerana mencedera diri sendiri?
Sayang, ingat mereka yang menyayangi kamu.


Ingatlah, bahawa tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai.
Ingatlah, syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi.


Ayuh sedekahkan walau sedikit belas kasihan untuk mereka.
Ayuh sedekahkan berjuta doa untuk mereka.
Ayuh hulurkan seberapa derma yang mampu untuk mereka.
Jazakumullah bil khair. Allah pasti membalasnya semula.



di Malaysia,
masih bisa--
Seandainya kami gugur, taburkanlah bunga di pusara.

di Palestina,
hanya ada--
Airmata dan derita yang penuh luka mengusung jenazah.


Kenapa kita tidak pernah sedar?
--bahawa kita ini saudara mereka.
Kenapa tidak pernah kita ingat?
--bahawa mereka itu penyelamat Masjidil Aqsa kita.
Kenapa tidak pernah kita hargai?
--perjuangan yang mereka lakukan walau terpaksa berdepan kematian!



Allahurabbi, rakyat Palestin.
Maafkan aku dan mereka yang lain.
Kerana terlalu lama lalai dan leka dengan keadaan yang menimpa kalian
Maafkan kami kerana tidak pernah mencuba mengalami keperitan kalian
Malah, hanya berbangga dengan keamanan yang kami punya.

Akan kami cuba sedaya upaya,
menghulurkan bantuan semampunya,
kami sedar kami berdosa,
kerana mengabaikan tanggungjawab bersama.


Allahurabbi, hancurkanlah kekejam Israel.
Berikanlah kemenangan kepada pihak Islam
Selamatkanlah saudara Islamku di sana
Berikanlah mereka kekuatan dan ketabahan
Kurangkanlah kesakitan dan derita mereka.

Satukanlah hati semua umat Islam agar dapat berjihad fi sabilillah.
Amin Allahumma Amin.
    ---




Sesungguhnya, kita sedang diuji.