"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Wednesday, 20 August 2014

“Malu lah”

Tak rasa malu ke bila bertudung, tetapi berpeluk malah bercumbu dengan mereka yang sudah tentu belum halal dan belum ada surat kebenaran yang pasti bahwa dia itu bakal menjadi milikmu hingga ke Syurga-Nya?

Tidak rasa kejamkah diri kamu saat menghina Islam dengan perbuatan jelek yang kamu lakukan?

Tidak timbulkan keinsafan dalam hati kamu walau sedetik saat kamu berpasangan dengan mahram seeratnya?

Mana hilang sifat keinsanan yang diberikan Tuhan untuk kita, sayang?

Mana pergi rasa kasih sayang kamu terhadap agama yang sememangnya membawa banyak kebaikkan?

Sedarlah wahai sahabat,
      Saat kamu mengenakan hijab, maka terjagalah aurat rambutmu. Hanya rambut. Maka dengan itu, haruslah kamu untuk menjaga keseluruhan aurat mu termasuk sifat malu yang sememangnya menjadi darah daging wanita.

      Saat kamu keluar dari rumah, kamu tetap seorang Muslim yang harus menjaga kesucian Islam walau di mana sahaja kamu berada. Di mana kita, kita tetap hamba-Nya. Pelihara kesucian itu saat berhubung, terutama dengan ajnabi.

    Oh Muslimah, lebih baik diam saat kamu disapa sesorang yang hakikatnya seorang yang kejam kerana mencuba membawa kamu ke Neraka. Tidak takutkah engkau saat engkau melayan mereka yang akan menaikkan syahwat mereka, seterusnya secara tidak langsung menambahkan dosa? Biarkan. Biarlah mereka mendapat dosa dan bukan kita penyumbangnya. Biarkan kata mereka yang menyatakan kita sombong dan berlagak kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu yang terjadi.



Kesimpulan ini, lelaki dan perempuan sama dikehendaki untuk menjaga aurat dan batas pergaulan sesama sendiri.

Jika benar sayang, tidak akan ada perjumpaan kecuali untuk perkara yang mustahak.

Jika benar sayang, tidak akan ada tangan yang berjalan untuk menujukkan kasih sayang.

Jika benar sayang, tidak akan ada perbuatan yang hakikatnya diharamkan di dalam al-Quran untuk ajnabi.

Jika benar sayang, kamu pasti akan terus yakin bahawa ada Dia yang akan menyatukan kalian.



Jangan menjadi munafik dengan tudung yang dipakai. Jangan memalukan Islam dengan perbuatan orang Barat. Tunjukkanlah kesucian Islam di mata mereka!

Semoga kita menjadi contoh yang baik, insyaAllah.

         wallahu'alam