Bismillah.
Allahurabbi, dah lama sangat rasanya tidak jengah blog, apatah lagi meng-update. Maaf, kesibukkan diri ini sebagai seorang pelajar dalam menuntut ilmu dan alhamdulillah berjaya akhirnya menghabiskan PT3. Terima kasih tidak terhingga untuk ibu bapa yang senantiasa menyokong, untuk guru yang membantu dalam perjuangan ini dan untuk sahabat yang tidak putus menghulur doa insyaAllah.
Sebenarnya, rasa rindu itu ada. Dan insyaAllah akan meluahkannya pada penulisan hari ini. Rasa terpanggil untuk menulis ini, kerana masalah ummah dini hari. Kerana keracauan jiwa kini. Nauzubillah.
Sewaktu aku menulis, aku sempat juga menjengah instagram sementara menunggu connection internet yang sangat lambat. Alhamdulillah akhirnya dapat juga menaip disini. Dalam kekhusyukkan mengstalk instagram, keluar isu yang sedang hangat; program pegang anjing. Astaghfirullah. Umat islam zaman ini. Semoga mereka yang terlibat mendapat hidayah dan semoga kita dijauhkan dari perkara keji seperti itu insyaAllah.
Isu itu, bukan menjadi fokus utama untuk aku menulis, Tujuan menulis ini adalah berkaitan kesedaran berdasarkan tajuk yang tertulis itu 'Tersedar'.
Aku sedar, aku bukan dilahirkan dalam keluarga ulama dan yang berilmu.
Aku sedar, aku bukanlah seorang gadis yang berhijab ketika keluar dari perut ibu.
Aku sedar, aku bukan seorang ahli KAA ketika dilahirkan di muka bumi ini.
Tapi dengan usaha dan semangat yang gigih insyaAllah, aku berusaha mencari sesuatu yang akhirnya memberi keuntungan pada aku.
Dengan sokongan dan dorongan keluarga juga sahabat, aku yakin aku akan terus berusaha menjadi seorang berguna.
Dengan izin Allah. Ini aku yang kini. Yang semakin berubah walau masih kekurangan ilmu.
Aasif, masa mencemburui. Aku harus pergi atas urusan yang lebih penting di hidup realiti. Moga kita berjumpa lagi dalam warkah akan datang.
Walau perkenalan kita hanya pada tinta, insyaAllah mendapat redha Dia.
Salam alaik.
