Berkaitan dengan tajuk entri aku pada hari ini, ingin aku kupas sedikit permasalahan yang makin hari makin menjadi satu masalah buat ummah! Allahurabbi, benarlah ummah makin tenat. Sebelum perbahasan ini aku mulai dengan lebih lanjut dan mendalam, mohon maaf atas segala kekurangan kerana aku menulis hanyalah berdasarkan sedikit ilmu dan kajian yang aku cari dekat encik google. Maka dengan segala hormatnya, entri aku ini tidak mendapat mana-mana pengesahan pun dari pakar-pakar, ustaz-ustaz dan yang sepesen dengannya. Eheh.
Kerana Allah aku mencintai dia vs.
Kerana dia aku mencintai Allah.
Masalah ummah kini, lebih kepada mencintai seseorang kerana Allah. Kononnya. Konon-konon manis sangat latuhhhh cinta pasangan kerana Allah. Dating semua kerana Allah. Pegang tangan kerana Allah. Peluk-peluk kerana Allah, maka nak sangat hingga ke jannah dengan redha Allah. Nauzubillahiminzalik. Maaf cakap, tapi ini yang aku lihat dan ini yang aku nampak. Di setiap laman sosial yang aku buka; twitter, facebook, instagram, wechat. Gambar dengan bf/gf kemain indahnyaa dengan caption entahpapew. Seolah langsung tak malu jadi hamba, yang hanya menumpang di bumi Allah.
Untuk adik, kakak, abang dan yang sejenis dengannya, minta maaf sangat cakap ni, berdosa. Tu semua berdosa. Cukuplah melayan perasaan sangat dengan perasaan yang belum pasti dan yang penting belum halal tu. Tahu, aku tahu cinta itu fitrah. Rindu itu fitrah. Tapi mohon sangat, jaga kesucian fitrah itu jangan sampai jadi fitnah.
Sedarlah, dunia ni semakin tenat. Ummah semakin lemah. KIta kan anak muda. Pejuang agama. Tak cukup lagi ke dengan semua petanda dan amaran yang Allah dah beri? Tak cukup lagi dengan bencana banjir yang saudara kita dah alami? Sedar, bumi yang kita jejak dan duduk ini tidak lagi aman. Tanamkan dalam diri, nak selamatkan ummah. Nak sebar dakwah. Nak bagi kesedaran untuk semua. Nak berjuang fi sabilillah!
Sampai bila nak harap orang lain? Kalau benar tak mampu, maka cukuplah perbaiki diri masing-masing. Tambahkan ilmu dan teguhkan iman. Kita mampu. Kita semua mampu. Sampai bila nak hidap penyakit wahan? Sampai bila nak biar diri dan hati merana kerana cintakan dunia lebih dari akhirat? Sungguh, aku juga menghidap penyakit itu. Maka aku berkongsi, apa yang aku tahu. Kita perlu ubah dan jaga diri ini. Kita perlu usaha hindari penyakit yang membawa maut kepada hati itu, sahabat!
ok, mesti semua macam tak puas hati, bila aku langsung tidak menyokong perbuatan mencintai kerana Allah tu. Takpe, jangan marah-marah dan jangan la close tab blog aku ni dulu. Tarik nafas, sambung baca sambil dengar lagu ok?
Chill.
Kerana dia aku mencintai Allah. Fahamkan benar-benar, dalam-dalam. Berbeza dari pandangan aku yang atas tu. Maksudnya, bila kau kenal dia, akan membuatkan kau semakin jatuh cinta pada Pencipta. Bila kau lihat dia, akan membuatkan engkau makin tahu adanya Dia. Bila engkau dekat dengan dia, makin membuatkan hubungan engkau dan Allah itu sangat hampir. Maka ini, sebenar-benarnya cinta. Cinta kerana agama, insyaAllah redha Allah sentiasa. Bukankah nabi kita juga sudah pesan?
‘Perempuan dikahwini atas empat perkara, kerana hartanya, keturunanya, kecantikannya atau kerana gamanya. Akan tetapi pilihkah kerana agamanya agar dirimu selamat.’ (Bukhari & Muslim).Memang fitrah manusia suka pada yang cantik dan menawan. Tapi tak mengapa, Nabi pesan dekat kita supaya cari yang cantik dan hensem tapi punya agama.
Jadi, apa-apapun yang kita nak buat. Sentiasa letak Allah di hadapan. Barulah hidup berpaksikan iman. Ubah diri dari sekarang, jangan tangguh-tangguh. Malaikat Izrail taknak tangguh kerja dia walau sesaat pun. Ayuh! bangkit dari tidur mu yang lena. Eheh acah-acah heliza helmi sat.
Salam Alaik.
