"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Thursday, 27 October 2016

Muassis:
SELOKA TAUBAT

Hai manusia!
Mengapa kau tak nak bertaubat?
Walhal diri kau banyak maksiat,
Apa kau ingat kau dah hebat sangat?
Boleh menyorok dari azab Allah yang berat?

Hai manusia!
Kenapa kau lambat nak bertaubat?
Umur kau bukannya panjang sangat,
Kau hidup pun dengan ihsan dan rahmat,
Dari Tuhan yang Maha Melihat.

Hai manusia!
Kau tahu diri kau dah tenat,
Hari-hari banyak dosa kau buat,
Hati kau dah hitam berkarat,
Tapi kau masih tak nak bertaubat!

Hai manusia!
Jangan kau malu nak bertaubat,
Walau dosa kau setinggi gunung Ararat,
Meski noda kau selaju sungai Furat,
Kerana Allah itu Maha Penerima taubat.

Hai manusia!
Bertaubatlah kau sebelum terlewat,
Maut datang tanpa disekat,
Moga kau mati dalam syahadat,
Tanda kau sempat bertaubat!

#muassis