"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Thursday, 29 December 2016

Melayu kita...

Dahulu kata Tun Dr. Mahathir;
melayu mudah lupa.

Kini, Yb Khairy Jamaluddin juga mengingatkan;
melayu mudah lupa.

'Melayu mudah lupa' mengikut pandangan kedua tokoh di atas adalah berbeza. Dan jangan risau, aku takkan sentuh isu politik pun dalam entri kali ni.



---
Betullah. Melayu tu mudah lupa. Mungkin sebab dia manusia, yg mana sifatnya memang pelupa. Manusia adalah daripada kata dasar nasi' yang bermaksud lupa. Betulkan aku andai salah.

Melayu juga mudah menjatuhkan melayu.
Mungkin sebab iri hati dan dengkinya membuak-buak.
Manusia; bukannya reti syukur dengan rezeki sendiri.

Melayu mudah berburuk sangka.
Mungkin sebab ceteknya ilmu.
Mungkin sebab perasaan dengki tadi.
Mungkin sebab memang dia rasa dirinya sahaja yang sempurna?

Natijahnya. Kita ni melayu. Jadilah melayu yang berwibawa. Berwawasan. Dan bercita-cita memajukan melayu.
Andai bukan kita yang cintakan sejenis kita, bolehkah kita bermimpi mereka yang berbeza itu mencintai kita?

Lupakan melayu yang menular perkara yang tidak berasas.
Lupakan melayu yang sering mempersoal kebaikkan orang melayu.
Lupakan melayu yang sering memberi kata-kata yang menjatuhkan melayu.

Kerana kita melayu, yang perlu bersatu.
Supaya melayu, tak mudah ditipu.
Dan akhirnya, Islam dan melayu itu hanya sekadar menjadi debu.




Salam alaik.