"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Friday, 21 June 2013

Aku mahu ubah ini.







Rabu. 19/6/2013. Jam 3 petang.



***conversation antara aku dengan seseorang.*




"Dayana, aku tengok dah lama kau tak update status. Come on la, kau femes kot. Hotstuff. Takkan nak gone camtu jek?"

"Aku malas"

"Tak, alah kau update je pasal agama kalau kau takde idea."

"Aku nak ubah yang ini. Yang dalam ni" *tepuk dada*

"Oh."

"Aku minta maaf."

"Kenapa?"

"Aku kurang sikit dekat facebook. Twitter pun aku rasa memang aku dah kurang tweet islamik. Bukan apa, aku nak ubah dalam ni dulu. Aku nak mantapkan iman aku"

*senyum*

"Aku rasa aku selalu tweet merepek. Wei tolong tegur aku eh kalau aku tweet ngarut"

"Ok. Tapi aku tengok tweet kau ok je. Kau femes, aku jeles"

"Aku pun. Aku jeles dengan orang yg femes di mata Allah. Aku nak jugak"

"Bukan tu maksud aku"

"Femes kat dunia ni rugi. Nanti riak, jadi syirik. Aku takut"

"Hm"

"Kadang aku rasa macam nak deactive je semua ni"

"Jangan. Nanti aku rindu"

"Kita jumpa di sekolah kan?"

"Kau dkt alam nyata dengan kau dkt alam maya lain"

*diam*

"Alam maya, kau gila kecoh. Alam nyata? Habis. Pendiam gila"

"Kau perli aku..."

"Tak. Ni cuma pandangan jujur aku je" *ketawa kecil*

"Ok"

"Aku susah nak berubah. Aku mudah terpengaruh. Lagi2 bila masuk petang ni. Ponteng tu memang tiap hari lah kan"

"Jagalah iman"

"Caner? Time solat pun aku selalu cabut"

"Kau untung sebab petang. Ada rules. Time solat semua berjemaah. Syukurlah"

"Aku malu bila ada kawan KAA macam kau. Tapi aku perangai habis. Hancur. Kau nak eh kawan dengan aku?"

"Kau sahabat aku dunia akhirat"

"Sayang kau"

"Kita kenal dah masuk 5tahun. Kau jagalah iman. InshaaAllah lepastu kau mampu jaga semuanya"

"How?"

"Solat. Kawal nafsu. Kalau ada yg ajak ponteng ke gaduh ke. Abaikan lah. Tinggalkan dorang"

"Tapi dorang kawan aku. Nanti gaduh pulak wei. Susah"

"Kawan atau Allah?"

*tunduk*

"Cakap cam ni 'Aku nak berubah. Jangan kacau aku. Aku nak rasa nikmat iman tu macam mana. Sekali je pun cukuplah. Aku nak jaga iman'"

"Aku cuba"

"Jangan cakap je, cuba buat sekali. Kalau dorang kata kau bajet alim. Kau cakap camni 'bajet alim takpe dari bajet gedik'" *ketawa kecil*

"Kau memang buat lawak. Aku sentap"

"Lek ah gurau je."

"Ok"

"Dah lah aku balik dulu. Nanti kalau aku stay, kita jumpa lagi"

"Ok. bye. Jaga diri. Kau tu comel, kang tengah jalan orang simbah asid padan muka"

"Heh mulut. Suka cakap bukan2. Buat aku takut je nak balik ni"

"Hahahaha gurau je. Sorry. Doa dulu wei sebelum gerak"

"Yelah. Bye. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam."