"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Wednesday, 12 June 2013


Aku Yang Terleka.




Tika aku diulit lena dunia,
Tinggalkan akhirat yang lebih bermakna,
Tika aku tidak menghargai cintaNya,
Tinggalkan segala suruhan Dia,
Tika aku seronok mencipta murkaNya,
Tinggalkan maaruf yang dituntut Dia,
Tika aku bersama mereka yang turut melupakan Dia,
Tinggalkan keluarga yang sentiasa mencintaiNya,
Dan tika aku diuji dugaan yang menghimpit jiwa,
Tika itulah aku meminta-minta padaNya.


Dia menyedarkan aku hikmah bercinta,
Bukan cinta dunia tetapi mencintai Dia,
Mengenalkan aku pada sajadah cintaNya,
Lalu aku tertunduk malu dihadapanNya,
Kerana pernah terlena
dek diulik cinta palsu sementara.

Oh Tuhan...
Kau menerima diriku yang berdosa,
Kau menginsafkan daku yang penuh noda
Kau gantikan hati matiku dengan keajaiban hati baru rahmatMu,
Lalu bersujudlah daku mencari cinta agungMu.
Terlekaplah dahiku di sepertiga malam menemuiMu,
Menangis dan meratapi betapa hinanya diriku.

~Al-Abrar Zaim~