"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Saturday, 8 June 2013

Thiqah.



Assalamualaikum.

First of all, thiqah tu respected. Respected by others.

Bila kita jadi dai'e. Jangan sampai hilang thiqah. Kerana apa? Kerana thiqah itu penting.
Dengan thiqah, orang boleh terima dakwah kita. Hanya dengan thiqah, orang boleh terima cara penyampaian kita. Dengan thiqah, orang hormat kita. Hanya thiqah!!!


Ok. Asalnya, post kali ini hanya untuk mereka mereka yang rasa diri tu femes femes.
Untuk daie daie milenia atau bukan sekalipun.
Nak pesan. Jangan sampai hilang thiqah. Jangan sampai takda orang nak hormat!
Itu juga pesan dari @budaktomato sebenarnya.

Thiqah dari sudut yang selalu kita pandang adalah golongan orang yang ciri-cirinya sama macam konsep alim yang kita buat. Sebenarnya thiqah itu maknanya "orang yang dipercayai". Maka, kalaulah kita kata kawan baik kita, guru-guru kita dan keluarga kita adalah orang yang kita percaya, maka mereka itu semuanya adalah adalah orang yang thiqah bagi kita. Kerana itu, kita gelar para mufti sebagai thiqah sebab kita percayakan mereka untuk beri kita fatwa dalam hukum Allah.
http://aurisshaira89.blogspot.com/2008/12/alimthiqah-dan-wara.html-


*** 


Kenapa thiqah hilang…?

Bila orang berilmu kelihatan tidak telus dalam sesuatu isu,

Penyampaian umpama ala kadar,

Kurang ilmiah,

Walau mereka berjawatan tertinggi dalam institusi agama sekalipun,

Semakin mengeluarkan kenyataan, semakin menimbulkan banyak ambiguiti,



Kenapa thiqah hilang…?

Bila ustaz ustazah tiada sifat MUROBBI,

Bila ramai  pemuda mengharapkan perhatian murobbi, tapi tidak dihargai,

Tidak dipandang serius,

Bila hilang sifat kasih sayang dalam diri ustaz ustazah,

Bila hilang semangat jihad dalam diri ustaz ustazah,

Bila mengajar hanya untuk dapat gaji.(Dakwah bil fulus)

Bila ada sasaran dakwah, tapi tidak dimanfaatkan untuk dididik,

Supaya mereka sanggup berani MATI SYAHID!


Secara kesimpulannya. Cuma nak nasihat. Relakslah, jadi daie mana ada yang mudah. Semua payah! Ujian. Pehh bukan main parah!

Jaga diri, jaga akhlak. Supaya masyarakat tak pandang serong pada yang berilmu.

Harap faham. Thiqah itu berat sebenarnya. Bila orang hormat kita, bermakna orang percaya pada kita. 


Dan buat umum, jangan hanya tahu kutuk si daie bila dia melakukan kesilapan. Sebaliknya tegurlah dengan cara yang sopan. Dia bukannya malaikat, dia hanya seorang insan!


Sekian.