"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Friday, 7 June 2013

Bila diuji.




Burung bersiul. Langit tercipta indah. Dihiasi dengan ketulan awan putih gebu. Ditambah dengan sinaran matahari yang terpancar. Dihibur dengan kicauan anak burung kecil. Indah. Cukup indah ciptaan Ilahi.

 Syabil tunduk. Terlihat sepasang kasut converse miliknya. Yang dipakai rapi. Dia mengeluh. 'Sungguh berat ujian ini Ya Allah. Aku tidak sekuat Umar. Ampuni aku tuhan'. Dia monolog.

Derapan kasut berbunyi. Syabil mengendahkannya. Dia pasti, itu sahabatnya.

 "Assalamualaikum. Jauh termenung. Dah sampai mana?" Thaqif menegur. 

 Syabil diam seribu bahasa. Tiada bicara. Ucapan salam hanya disambut dalam hati. Dia mengeluh lagi.

 Thaqif hairan. Lalu diusap belakang badan Syabil.

"Enta ada masalah? Ceritalah pada ana. Kita kenal sudah lama. Masih mahu berahsia?" 

Syabil senyum. Tidak jawab sepatah pun.

"Tak apalah kalau mahu terus begini. Cuma nak pesan. Allah tu Al-Ghafur. Sekeji mana pun kita. Sehina mana diri ini. Allah maha pengampun. Mehnah dariNya mungkin payah. Tapi percayalah, sedikit pun iman kita tidak akan goyah. Yang pentingnya istiqamah. Teruskan dakwah. Jadi pendakwah bukan mudah. Bersabarlah. In Shaa Allah tempatmu di Jannah" Thaqif berlalu pergi. Puas menasihati. 
'Moga dia tabah Ya Allah' bisiknya. 

"Thaqif..." sahut Syabil sambil menarik tangan sahabatnya.

"Ya? Sudah bersedia mahu cerita? Tell me the truth" Thaqif lantas mengambil posisi di sebelah Syabil. 

"Aku.. Kenapa tuhan tu tak adil? Aku kehilangan seorang adik. Adik yang paling aku sayang. Tapi takpelah, dah ajal. Yang aku benci, aku tak dapat  langsung jumpa dia. Kenapa tuhan itu kejam? Kenapa takde kesempatan langsung untuk aku jumpa Zaim? Kenapa Thaqif, kenapa? Aku berusaha dekatkan diri dengan Dia disini. Disamping kau Thaqif. Tapi ini yang aku dapat? Inikah balasan tuhan?" Syabil meraup wajahnya. Puas.

Thaqif mengeleng. Dia senyum.

"Enta tidak tahu kah bahwa itu satu ujian? Ujian yang Allah beri untuk orang beriman seperti enta. Bersabarlah. Ana turut bersimpati pada enta atas kehilangan Zaim. Bab tak dapat jumpa tu, ana nak nasihat, tak baik bersangka buruk dengan Pencipta. Anggaplah itu semua ujian. Ujian untuk tabahkan diri. Kukuhkan iman. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ana harap enta faham. Assobarun minal iman. Mari solat."

Syabil tersentak. Dadanya seperti ditusuk. Dia menyesal. Tunduk.

'Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah' bisik hati Syabil.

"Ana minta maaf, tak patut ana cakap macam itu. Syaitan dah rasuk ana" Syabil ngeluh.

"Tak apa, lain kali jangan biar jiwa tu kosong. Senang sangat iblis nak masuk"


Mereka lantas menuju ke musollah. Azan Zohor berkumandang.

***

Bila diberi mehnah, jangan cepat mengalah. Bila diberi ujian, jangan cepat meroyan.
Lupakah? Allah akan uji setiap hambaNya mengikut kemampuan. Allah tidak zalim.

Kita kembali kepada Allah SWT, dalam tujuanNya menurunkan cabaran dan kesukaran.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.