"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Friday, 12 July 2013

Manis.


memang tak kena sangat gambar ni dengan tajuk tu hah.



Manis. Banyak makna sebenarnya. Tersurat mahupun tersirat.
Tapi apa yang engkau tahu pasal 'manis'?

Adakah manisan gula-gula lolipop di kedai Kak Ton? Eh...

Manis disini. Yang ingin aku kongsi ini. Sangat berlainan.
Sebuah kemanisan percintaan. Ayuh.


***

Percintaan yang manis adalah berpaksikan iman,
Bersalut kasih sayang lillah.
Berhubung melalui doa.
Bercinta menghitung jarak.
Berjumpa berteman wali.

Kerana batasan adat syariaat.

***

Let's describe.

First, Cinta berpaksi iman. Rasanya semua sedia maklum. Makna percintaan itu adalah bercinta hanya kerana Allah dengan niat ingin membina masjid. Bukan sekadar cinta suka-suka yang akhirnya mengundang derita. Hati kian rapuh, parah. Menangis sendiri di kamar.


Second, Kasih sayang lillah. Lillah bermaksud li(kerana) llah(allah). So, kerana Allah.Lebih jelas lagi, bercinta dengan hanya berkasih sayang sesama sendiri kerana Allah sangat manis. Lebih terjaga batas. Terkawal nafsu.

Third, berhubung melalui doa. Ini mudah. Ramai juga sudah mulai berbuat demikian. Bila rindu, berdoalah. Bila khuatir, berdoalah. Doa, terusan berdoa. 

Terakhir, bercinta menghitung jarak bermakna bercinta jarak jauh. Tidak jumpa langsung jika hanya bercinta monyet, Dan jika ingin berjumpa, pastikan berteman si bapa perempuan agar terhindar dari maksiat dan fitnah.


Wallahu'alam.

Pendek kata, bercinta selepas nikah itu manis. Jauh lebih manis dari buah tamar.

InshaaAllah.