"Setiap yang bernyawa pasti merasai keperitan mati"

Sunday, 21 July 2013

Maafkan Aku Nafs.

Nafs itu jiwa.
Jiwa yang penuh noda.
Jiwa yang gelap akibat perilaku kita.
Mari perbaiki diri kerna kita semua hamba.




Maafkan aku, Nafs
kerana membiarkan laskar perang
tanpa kilau pedang
yang kau asah di hujung runcing noda
di gurun seribu rahsia
di negeri berkabut angkara
yang masih terjajah oleh api serakah
sekian lama kau membelitku
dengan cumbu keliru
bernafas celaru
saat satu persatu terpenggal leher kebenaran
mengerang aku dalam kesakitan
sesal yang maha menyakitkan.

Tanpa runcing dan gemerincing belati durjana
kau hanyalah jeneral yang kehilangan suara
tunduk dalam lirik kecundang
sewaktu perisai takwa membancuh
tubuh yang dibalut gebar sabar
di gurun uji
padang sesayup duniawi.

Maafkan aku, Nafs
kerana membiarkanmu sungkur rebah
ditusuk pedang tajam zikrullah
yang merobek indera yang tercedera
saat lidah masih pasrah
membilah seuntai kalimah di medan
Ramadhan yang melimpah barakah.


Jom sesama muhasabah diri semula. Re-check jiwa. Renew hati. Gitu

Baru gempak.


Assalamualaikum.