Bisa melupakan diri kerdil ini?
Bisa lupakan segala kenangan pahit manis suka duka kita bina?
Bisa lupakan saat kita bersua?
Bisakah kamu?
Yang perit untuk kamu,
Itu yang aku minta, untuk kamu lakukan.
Kerana segala sedih pedih ini sementara cuma.
Bahagianya bakal tiba jua.
Bukan apa.
Aku cuma tidak bisa.
Mencintai suatu yang tidak pasti bila masanya.
Bila masanya saat kita akan berumah tangga.
Lupakan, itu lebih mulia.
Bukan membenci menghina.
Cuma lupakan apa yang terbina.
Saat ini, saat kononnya kita bahagia.
Ayuh, jadi teman biasa.
Tanpa rasa kecewa.
Bukan tujuan aku untuk menyakiti.
Tidak juga untuk merpermain.
Cuma cuba berfikiran rasional saja.
Untuk kebaikan kita juga.
Mohon.
Tak usah bersedih.
Jangan pula menangis.
Aku perempuan hina.
Tak usah kau kesali.
Aku tahu
Engkau banyak sakit hati.
Aku tahu
Engkau banyak makan hati.
Aku tahu,
Engkau tidak betah lagi.
Aku juga tahu,
Engkau tidak sanggup lagi,
mengejar cintaku yang tak pasti,
bersabar dengan karenahku ntah pape.
Maka dengan ini, nukilan ini buat mu mihz.
Jika ada yang persoal;
Kenapa luahnya disini?
Ini jawapan aku;
Kerana tempat ini teman setia aku. Walau setahun jagung cuma aku dan blogger berkenalan, dia adalah tempat aku mengadu rasa kecewa, sedih, bahagia. Jujurnya, aku lebih gemar berkongsi segala masalah, luahan disini. Daripada berdua dengan seseorang di whatsapp, wechat, face2face atas benda yang tak pasti. Yang jiwang2 camni. Thats why, jarang untuk aku reply benda2 yang aku rasa aku tak perlu sebenarnya.
Rimas. InshaaAllah akan aku cuba ubah pendirian ini.
Rimas. InshaaAllah akan aku cuba ubah pendirian ini.
Maafkan.
Bukan suruh membenci mencaci.
Cuma minta kamu mengerti.
Demi kebaikan diri.
Saat ini,
Aku susun sepuluh jari.
Mohon ampun hingga hujung kaki.
Kepada semua termasuk kekasih hati.
Ampunkan salah silap diriku ini.
Mohon mengerti.
Tidak reply whatsapp, wechat, IM
kerana aku tak mahu beri harapan
cukup sekali peristiwa itu memakan diri
aku tidak mampu ulanginya lagi
lupakanlah.
Luahan lagi.
Sebenarnya, aku tak pasti kedudukan kita.
Entah ye entah tidak.
Entah. Lah.

