Tidak. Jauh sekali dari apa yang aku minta.
Jauh dari apa yang aku sangka.
Kita berpisah saat ini tidak bermakna kita tak berjodoh.
Perpisahan ini sementara cuma, inshaaAllah.
Kepada-Mu tuhan,
Ku pasrah harapan,
Moga tak tersalah pilihan.
Kurniakan daku perwira,
Penyejuk di mata,
Penawar di hati.
Di dunia, dialah penyeri.
Di syurga menanti,
Dialah wildan.
Kekasih sejati
Teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih
"Ya Allah, kurniakanlah kami isteri/suami dan zuriat yang soleh. Sebagai penyejuk mata. Allahumma Amin"
Betapa sukarnya menyusun bicara,
Meluahkan rasa menuturkan sayang,
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia.
Masih kubiarkan waktu,
melarikan lafaz kasihku padamu.
Tiada lagi ertinya pengucapan,
Andai akhir nafas di hujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam,
Usah biar kehilangan,
Menggantikan lafaz yang tersimpan.
Di tangan-Mu tuhan,
Ku sandar impian,
Penentu jodoh pertemuan.
Andainya dirinya tercipta untukku,
Rela ku menjadi miliknya.

